Loading...

Bagi Anda Yang Memiliki Jerawat,Sangat Rugi Jika Tidak Baca Artikel Ini,,!Lakukan Dengan 7 cara Ini Dan Lihat Hasilnya,,

Sponsored Links
Loading...
Loading...

Tergerak hati nak menulis post ini. Kasihan pada adik yang tumbuh jerawat penuh satu muka. Dik, you're not alone. Banyak lagi yang cantik tetapi muka naik jerawat penuh satu muka. Check balik apa yang patut.

Dengan ini, kakput share apa yang patut korang jaga kalau muka korang berjerawat. Yang tak ada jerawat jangan hina orang berjerawat. Kang kena tulah baru tahu. Jangan dok bangga, I guna Safi saja, muka I flawless (dengan nada bongkak). Tak semua bernasib baik macam awak, bersyukur tanpa menyakitkan hati orang lain boleh?

Dan tak perlu hina produk tempatan. Jerawat ini bukan orang Malaysia saja yang kena, omputih lagi teruk-teruk pakej dengan jeragat lagi. Takkan mereka breakout sebab guna produk Malaysia? Kalau satu jenis produk itu sesuai dengan semua jenis makhluk di muka bumi ini, memang takkan wujudlah produk Qu Puteh, Dato' Alif, Datuk Vida bagai itu.

Kecantikan perlukan kesabaran. Kalau rasa was-was dengan produk tempatan, jangan beli. I guna SKII pun breakout, apa cerita?



MASALAH HORMON

Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu kalau kita hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa.

Walau bagaimanapun, kebiasaannya liang sebaceous yang dihasilkan sebum ini akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa. Tetapi begantung juga jika hormon tidak stabil pun boleh menjadi punca jerawat juga. Cawa mengawal hormon, anda boleh amalkan evening Primerosa atau jamu puteri yang kakput jual.

PAKAIAN

Jangan tak tahu yang pakaian anda juga boleh menjadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita jugam empunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ini.

Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaran pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat.

Menurut kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat. Selain menjaga maruah dan keaiban diri (mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat).

Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan. Ye anak-anak? Yang paling penting, jaga kebersihan pakaian. Nak muka cantik, kenalah jadi pembersih sikit tau! Jangan muka cantik tetapi baju kepams!

PANCARAN CAHAYA MATAHARI

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walau bagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak, sekali gus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

Selalunya jika jerawat naik, korang tak boleh menggunakan sunblock yang berminyak. Gunakan sunblock yang light contohnya BB Cream. Jangan guna yang terlalu heavy yang boleh membuatkan pores korang clog.

PENGGUNAAN KOSMETIK DAN ALAT SOLEK

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ia boleh menjadi punca tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan berbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Jerawat ini bermacam-macam puncanya. Moralnya, bersyukurlah dan jangan menghina orang lain yang ada jerawat. Tak semua produk sesuai dengan kulit kita walaupun produk yang mempunyai jenama popular. Paling penting, kenali kulit korang. I pernah guna SKII then breakout teruk, apa cerita? Pilihan kita.

STRESS

Percaya atau tidak, semakin anda stress, semakin banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walau bagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang akan timbul.

Oleh itu, jangan stress. Lebih-lebih lagi jangan sibuk tengok jerawat yang banyak di muka di cermin. ia akan menyebabkan anda lebih stress.

PENGAMBILAN MAKANAN

Isu pemakanan menjadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tetapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulan dalam badan, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. Jadi, secara tidak langsung adalah juga kaitan dengan pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat.

Jika terlalu kerap mengambil makanan pedas, ia boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat. Seafood juga tidak digalakkan bagi penghidap jerawat ini kerana makanan laut mengandungi toksin yang tinggi yang akan menyebabkan usus kotor. Justeru menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat. Selain itu, pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan bagi menghasilkan kulit yang cerah.

MASALAH JANGKITAN BAKTERIA

Terdapat bakteria yang dikenali dengan anama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya adalah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria di kulit mereka. Oleh itu berhati-hatilah semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian lain pula.

Anda juga perlu peka dengan keadaan sekeliling yang akan menjadi punca jerawat. Elakkan memakai tudung yang sama berulang kali dan juga basuh cadar dengan kerap. Jangan dikepam sampai busuk dan banyak bakteria.








Ini semua adalah gambar-gambar dua tahun lepas. Gambar tak ada make up ada tetapi freehair sebab dok update di rumah saja. Jadi tak bolehlah tunjuk. 3 gambar terakhir adalah gambar yang terkini.

Share kalau anda rasa ia bermanfaat
Sponsored Links
Loading...
loading...
SHARE
Sponsored Links
Loading...

admin

admin.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
Loading...
    Blogger Comment
    Facebook Comment
Loading...
Loading...
Loading...